September 29, 2011

Aktiviti Untuk Mengenal Huruf Gg.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pagi2 lagi mama dah sibuk duk siapkan kerja2 rumah ni sbb lps tu ada macam2 benda lagi yg perlu mama siapkan. Ok, bila dah selesai dgn kerja rumah tu....mama sambung pulak dgn homeschool anak2. Itu belum lagi bab nak sidai kain... nak mandikan baby...nak susukan baby...masak..blablabla...fuhhhh!!! byknya benda nak kena buat. Terkejar2 jugak mama skrg ni nak buat semua tu. Tapi nasib baik adik Aisyah skrg ni tak byk ragam. Kalau siang hari dia nyenyak je tidur (sbb malamnya dia tidur lewat..uhuhu..). Jadi bolehlah mama buat kerja dgn aman sikit :) gangguan yg ada pun drp anak2 yg besar nih je.

Gambar terbaru adik Aisyah ( 60 hari)

Tadi masa mama sibuk duk mengemas rumah, mama cuba sibukkan angah dan kakak dgn aktiviti mewarna mereka. Mama bagi saja kat diorang tu kertas lukisan dan tempera paste serta brush. Lps tu mama suruh mereka lukis apa saja yg mereka nak. Bila buat macam tu senang sikit mama nak buat kerja rumah. kalau tak mulalah kakak tu sibuk duk kacau mama buat kerja...mama!! bila nak start belajar ni... mama!!kakak nak buat ni... dan macam2 lagi lah. Pendek kata, sejak ada adik ni, kakak agak manja sikit ( juga sikit mengada2). tapi yg pasti mama tahu sbbnya. Sebenarnya dia nak mama bagi tumpuan kat dia. Tu yg kena byk sabar sikit skrg ni. Kadang2 tu tension jugak dibuatnya. 
Dan ini pulak aktiviti HS kami pagi tadi. Hari ni mama mulakan dgn aktiviti utk mengenal huruf Gg kpd kakak. dan angah pun ikut sama join sekali. Mula-mula mama kenalkan dulu huruf Gg kat kakak walaupun dia mmg dah kenal pun huruf tu. Kemudian mama bagi suratkhabar lama dan minta diorang cari sebanyak mungkin huruf Gg dlm tu. Seterusnya mama minta diorang gunting huruf2 Gg tu dan tampalkan pada kertas yg telah mama sediakan. 
Sebenarnya mama pilih utk buat aktiviti macam ni sbb mama perhatikan diorang skrg ni cukup suka duk gunting2 dan tampal2 kertas dgn gam ni. Masa mama duk berpantang hari tu, rumah ni selalu je bersepah dgn kertas2 yg diorang gunting nih. Nak buat kraf katanya. Gam satu botol besar yg mama beli baru2 ni pun dah tinggal dekat separuh je lagi. So tips hari ni, ajarlah anak2 sambil buat aktiviti yg anak2 gemari. Barulah pembelajaran tu lebih menyeronokkan dan anak2 mudah menerima apa yg kita nak ajar.   

Sibuk menggunting huruf2 Gg yg mereka jumpa dlm suratkhabar tu.


Kemudian sama2 tampal huruf tu pada kertas. Kali ni diorang sama-sama bahagikan tugas. Angah tampal huruf G dan kakak huruf g. (gambar agak blur sikit sbb guna kamera hp je)

Inilah hasilnya aktiviti angah dan kakak hari ni yg akan mama letakkan dlm Mama HS : Book of ABC

September 25, 2011

Info berguna untuk ibu-ibu menyusu.

Assalamualaikum w.b.t
Setelah agak lama 'bercuti' ni, skrg ni mama kembali 'mengaktifkan' diri dgn rutin2 mama sblm ni termasuklah surf internet nih. Papa kata mama ni nak lepas gian..hehe..mungkin jugak. Memang skrg ni kalau ada masa terluang je mesti mama akan duk mengadap komputer nih. Macam2 yg mama cari dan cuba 'gali' ilmu dari internet nih. Antaranya berkaitan dgn penyusuan anak. Walaupun ini dah masuk anak yg ke4, tapi mama rasa ilmu mama pasal penyusuan anak ni masih lagi cetek.
Ketika melahirkan anak sulung dulu mama hanya menyusukan along sehingga along umur 7 bulan saja. Memang ketika tu kesedaran mama tentang kebaikan memberikan susu ibu kpd anak agak kurang. Lebih2 lagi mama bekerja masa tu. Jadi kiranya nak ambik jalan mudah...mama bagi saja susu formula. Tapi slps melahirkan angah dan kakak, mama berazam utk menyusukan secara ekslusif  sbb masa tu mama dah pun berstatus SAHM. Alhamdulillah mama berjaya dan sepanjang tempoh menyusu tu air susu mama tetap ada sehinggalah mama stop menyusu masa mereka berumur 2 tahun. 
Tapikan, ada satu perkara yg mama tak puas hati. Kenapa berat badan angah dan kakak masa tu tak berapa 'cun' berbanding kanak2 lain yg juga menyusu ibunya. Adakah susu mama kurang berkhasiat??? Adakah mama perlu mengambil dan mengelak makanan2 tertentu utk menghasilkan susu ibu yg lebih berkualiti???
Dalam mama duk mencari2 maklumat berkaitan perkara ni, mama terjumpa info menarik tentang perkara yang perlu kita tahu utk membanyakkan susu ibu dan ingin juga mama kongsikan ilmu berguna ni dengan ibu2 yg lain. 


Untuk ibu-ibu menyusu : Perkara yg perlu kita tahu untuk membanyakkan susu ibu. 


kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
  • Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
  • Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
  • Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma.
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  • Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Pengambilan makanan di atas semasa hamil? Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu. Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan?Bagi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu? Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.

Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu? Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.

Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing.. namun bagi manusia, proses tersebut tidak semudah seekor kucing menyusukan 8 ekor anaknya ( ada juga kucing yang taknak menyusukan anaknya, mujur zaman sekarang ada FM untuk kucing, kalo tak kesian anak2 kucing tu) atau harimau menyusukan anaknya (seganas2 harimau adalah ibu yang penyayang). Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.

Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.

Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

InsyaAllah, kali ni mama akan teruskan azam mama utk memberikan susu ibu kpd adik Aisyah secara esklusif sehingga 2 tahun. Dan mama akan cuba buat yg terbaik agar dapat memberikan susu yang berkualiti utk tumbesaran adik Aisyah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.

September 23, 2011

Syawal 1432H ~ Beraya Dalam Pantang.


Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali. Lama sangat mama tinggalkan blog kesayangan mama nih. Keadaan skrg ni mmg tidak mengizinkan mama utk berblog sprt dulu2..huhu...Hari ni dahpun masuk hari ke 25 Syawal tapi rasanya masih belum terlambat utk mama ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua teman2 diluar sana. Tahun ni mama beraya dlm pantang. Hari raya tu umur adik Aisyah baru 30 hari. Ikutkan hati memang takde semangat nak beraya tapi bila ingatkan anak2 tu rasa kesian pulak kalau tak buat apa2 persiapan utk beraya. Jadi dah dekat2 nak beraya tu sempat jugak papa keluar shoping ngan anak2...pegi cari baju utk pagi raya tu sbb kami tak sempat beli sebelum bersalin hari tu. Alhamdulillah, dapat jugak kami sekeluarga berpakaian sedondon warna biru di pagi raya tu..opss...kecuali adik Aisyah sbb tak jumpa baju biru utk dia. 

Kami sekeluarga di pagi raya. 

Beraya bersama keluarga mama pada sebelah pagi.

Beraya bersama keluarga papa pulak pada sebelah petang. 

Dan hari ni umur adik Aisyah dah pun 54 hari. Lega sgt bila dah habis pantang ni walaupun mama takde lah pantang betul2 macam orang lain. Maklumlah bila dah ramai anak nih. Selain yg baby tu, mama kena jugak jaga anak2 yg lain...kena jugak jaga makan minum diorang. Nasib baik masa dlm pantang hari tu ada jugak jiran yg datang bantu dan tolong mama apa yg patut. 
Skrg ni mama sedang biasakan diri dan cuba mengatur jadual utk rutin baru nih. Hidup mama skrg ni mmg agak kelam kabut. Kesian jugak dgn anak2. Selalu sangat diorang duk ajak mama utk sama2 dgn mereka main2 macam dulu2 terutamanya kakak. Mungkin dia cemburu dgn adik baru dia nih. Kadang2 tu mama sendiri agak tertekan dgn keadaan skrg ni. Nasib baik papa banyak bantu mama...walaupun penat dgn kerja2 kat pejabat tu tapi papa byk bantu mama bereskan kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2 nih...juga sanggup berjaga malam bila adik Aisyah meragam tengah2 malam. 
Macamana pulak dgn homeschool kami skrg ni ye? Agak sedih jugak sbb skrg ni mama tak dpt bagi tumpuan penuh pada pembelajaran angah dan kakak. Sepanjang tempoh berpantang tu mama hanya mengajar bila anak2 meminta utk belajar dan bila ada masa yg mengizinkan. Sebenarnya kalau ikutkan hati mama ingat nak cuti je masa pantang tu. Tapi terpaksa jugak ikut kehendak anak2 yg dah terbiasa dgn rutin kami sebelum ni. Apapun mama berdoa semoga selepas ni Allah permudahkan segala urusan mama dan dapat kembali berhomeschool dgn anak2 seperti sebelum ni. InsyaAllah.

Potato stamping activity. 

Antara aktiviti angah dan kakak yg sempat mama rakam ketika mama pantang baru2 ni. Setelah mama sendiri buntu tak tahu nak buat apa dgn diorang ni...last2 mama dpt idea utk buat art dengan menggunakan potato stamp ni. Mama buatkan pelbagai bentuk (shape) pada potato. Kemudian anak2 celupkan potato stamps tadi ke dalam tempera paste dan tekapkan ia pada kertas lukisan. Simple activity tapi anak2 cukup seronok masa ni  ^0^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails