August 19, 2010

Belajar Mengira 1~6.

Alhamdulillah, skrg ni adik dah mengenal nama2 warna dan bentuk (cuma kadang2 tertukar rectangle dan triangle). Dan skrg ni fokus mama utk adik adalah mengajar mengira dan mengenal nombor. Utk tarik minat adik belajar, mama kenalah sentiasa mencari idea2 baru utk mengajar.

Ini adalah aktiviti kami semalam utk mengajar adik mengira dan mengenal nombor 1~6 :

Materials:
  • Dadu besar.
  • Kad nombor 1 ~ 6
  • Building block.
  • Bakul kecil.
Procedures:
  • Mama minta angah dan adik bergilir2 balingkan dadu tersebut dan tunggu ia berhenti utk tengok nombor yg kena.
  • Kemudian mama minta adik kira bilangan titik yg kena pada dadu tersebut.
  • Lps tu adik akan pilih kad nombor bagi bilangan titik yg adik kira tadi.
  • Dan akhir sekali adik akan mengira dan memasukkan building block ke dlm bakul kecil mengikut jumlah nombor tadi.
Sedang mengira building block dan memasukkannya ke dlm bakul kecil.

Dgn aktiviti kali ni adik dpt belajar :
  • Mengenal nombor 1~6
  • Mengira 1~6
  • Mengenal warna melalui penggunaan building block yg berwarna-warni.
  • Develop gross motor skill angah & adik ketika masing2 berlari2 utk berebut membaling dadu.
Terpaksa juga gunakan 2 dadu sbb asyik duk berebut.

August 17, 2010

Bottles and Lids Activity.

Hari ke 7 berpuasa. Alhamdulillah, aktiviti homeschool juga tetap diteruskan walaupun agak slow sikit. Antara aktiviti wajib setiap hari adalah belajar 'Progressive Phonics' & latihan matematik utk angah, counting and recognition activity (letter & number) utk adik dan juga read aloud. Dan sebelah petang dan malam mereka akan belajar Al-Quran. Skrg ni angah sudah sampai di buku 4 Iqra'. Bacaan Along pula dah sampai di Surah Toha. Alhamdulillah.

Ini pula adalah aktiviti anak2 minggu ni iaitu aktiviti menggunakan botol dan penutupnya. Mama mendapat idea utk practical life activity ni daripada blog2 yg mengajar menggunakan
Montessori Method.

Material:
  • 5 biji botol beserta penutupnya yang berlainan saiz.
Procedures:
  • Bukakan dulu penutup dan letakkan bersama-sama dgn botol.
  • Minta anak padankan penutup dgn botolnya.
  • Kemudian minta anak menggunakan kedua2 tangan utk menutup botol tersebut dgn satu tangan memegang penutup dan satu lagi memegang botol.
  • Setelah siap kelima2 botol, mama minta anak2 buka semula penutup tersebut.
  • Mama juga tlh gunakan material ni (bottle & lid) utk sorting activity. Anak2 menyusun botol2 tersebut dari tinggi (high) ke rendah (low) dan menyusun penutup botol dari kecil (small) ke besar (big).
  • Juga dpt recognize circle shape.
Adik sedang cuba menutup botol tersebut.

Along & angah pun nak buat jugak!

Sorting lids size in order small to big.

Sorting bottles size in order high to low.

Antara yg dpt anak2 pelajari melalui aktiviti kali ni ialah:
  • Padankan penutup dgn botol yg betul.
  • Belajar bagaimana utk membuka dan menutup botol.
  • Developing wrist twist and fine motor control.
  • Order, concentration, coordination and independence.

August 14, 2010

Month of the Year.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 kita menjalankan ibadah puasa. Macamana dgn puasa anak2 mama yea? emm..nampaknya along dah takde masalah utk bangun sahur dan berpuasa. Cuma angah saja sampai hari ni dia tak pernah bangun sahur. Dia tak nak bangun walaupun dah dikejutkan beberapa kali. Takpelah, tahun ni mama taknak paksa sangat angah berpuasa. Tapi mama cuba juga jelaskan pada angah apa itu puasa (sblm ni pun dah belajar dlm bab Rukun Islam) juga ajar niat puasa dan doa berbuka puasa.
Dan aktiviti homeschool kami utk cuti hujung minggu kali ini, along dan angah sama2 belajar topik 'Month of the Year'. Kalau bulan lepas mereka dah belajar 'Day of the week' (boleh tengok kat sini).

Utk topik ni, along & angah dpt belajar ttg:

1) Tahun Hijrah dan nama2 bulan dlm tahun tersebut.
Lagu kegemaran along ni. Dgn video ni anak2 dpt belajar nama2 bulan dlm tahun Hijrah dan peristiwa yg berlaku dlm bulan2 tersebut.

2) Tahun Masihi dan nama2 bulan dlm tahun tersebut.

Video lagu utk nama2 bulan dlm tahun Masihi.

Mama juga telah buatkan puzzle utk ajar anak2 mengenal nama2 bulan dan kedudukan bulan2 dlm tahun tersebut.



Selain itu, angah juga telah diberikan latihan dlm buku latihan dan juga dlm worksheet yg mama print dari internet.

Angah sedang menyiapkan latihan dan menyusun puzzle.

Along sedang khusyuk menyiapkan puzzle bulan2 Islam.

3) Bilangan hari dalam setiap bulan dlm tahun Masihi.
Mama telah gunakan cara yg sama seperti cikgu mama ajar kat sekolah dulu utk ajar along & angah bagaimana utk menentukan bilangan hari dlm bulan2 tertentu. Caranya sprt kat bawah ni:

Menentukan bilangan hari bagi bulan-bulan tertentu menggunakan buku jari tangan.
animation

August 12, 2010

DIY - Jigsaw Puzzle.


Jigsaw Puzzle.

Hari ni mama telah siapkan satu lagi mainan utk anak2 dgn menggunakan barang terbuang iaitu kotak cereal. Bila tengokkan pada kotak cereal ni terasa sayang pulak nak dibuang. Macam2 benda kita boleh buat dgn menggunakan kotak ni.
Dgn gambarnya yg menarik, mama dpt idea utk membuat jigsaw puzzle. Cara membuatnya mudah saja. Mama ambil bahagian depan kotak cereal tu kemudian laminate supaya kepingan puzzle tu nanti lebih keras dan tahan lama. Akhir sekali, mama potong gambar tadi kepada kepingan yg lebih kecil utk dijadikan puzzle pieces.

Permainan jigsaw puzzle ni mmg bagus utk develop cognitive skills anak-anak.

August 10, 2010

Ladybird Number Line.

Ini adalah aktiviti homeschool utk semalam dan hari ni. Semalam kami sama2 siapkan 'Ladybird Craft'. Dan dgn menggunakan kraf ni, hari ni adik dpt belajar counting & recognize number.

Materials:
  • kertas warna merah
  • kertas warna hitam
  • gam
  • marker pen
  • gunting
Procedures:
  • Gunting kertas merah kpd bentuk oval utk dijadikan badan ladybird.
  • Guntingkan kertas hitam utk dijadikan kepala. Lps tu tampalkan pada badan ladybird.
  • Lukiskan garisan hitam pada tengah badan ladybird menggunakan marker pen.
  • Guntingkan small circle secukupnya dgn menggunakan kertas hitam.
  • Kemudian kira bersama2 anak....1 circle utk ladybird yg pertama dan lekatkan pada badan ladybird tersebut...2 circle utk yg kedua dan lekatkan...dan begitulah seterusnya sampai cukup 10 ladybird.
  • Lps tu tuliskan nombor kat bawah mengikut jumlah circle pada badan ladybird tersebut.
  • Last sekali bolehlah minta anak2 susun ladybird tu mengikut susunan nombor. Mama minta anak2 susun pada tali.
Sama2 letakkan gam dan menampal.

Angah tuliskan bilangan circle pada ladybird.

Adik sedang cuba sepitkan ladybird pada tali. Aktiviti begini mmg sesuai utk develop fine motor skill anak2.

Antara yg dpt angah & adik belajar sepanjang aktiviti homeschool kali ni adalah:
  1. Develop fine motor skill melalui aktiviti menggunting, menampal, menulis dan menyepit ladybird pada tali menggunakan clothes pin.
  2. Mengira.
  3. Mengenal nombor.
  4. Social skill iaitu bekerjasama utk menyiapkan kraf.
Fun learning.

Carta Ramadan utk anak2.

Pejam celik pejam celik, esok dah masuk bulan Ramadan. Sekejap je masa tu bergerak. Caterpillar craft yg angah buat utk countdown bulan puasa (boleh tengok kat sini) pun dan habis dibukak hari ni. Pagi2 lagi angah dah sibuk bagitahu yg esok dah nak puasa. Semangat betul dia nak puasa tu. Tahun ni merupakan tahun pertama angah akan belajar puasa. Along pula, alhamdulillah dah puasa penuh satu bulan tahun lps.
Utk menggalakkan lagi anak2 berpuasa tahun ni, mama dah print carta kat bawah ni utk along dan angah catatkan pencapaian mereka sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Carta ni mama download kat website Alim Kids.



Insya-Allah, petang ni mama dan anak2 akan sama2 buatkan satu lagi caterpillar craft. Kalau bulan lps kami buatkan utk countdown bulan Ramadan. Dan kali ni utk countdown bulan Syawal pulak ;)

August 9, 2010

Mengira 1~5.

Mama masih lagi dlm proses mengajar adik mengira dan mengenal nombor. Kali ni mama fokuskan pada nombor 1~5.


Dgn menggunakan counting grid yg mama create kat atas tu, mama kenalkan adik dgn nombor 1~5. Kemudian mama minta adik letakkan objek di dlm petak yg disediakan mengikut bilangan nombor tersebut. Boleh gunakan apa2 objek, kali ni mama gunakan colour magnet.

Seronok mengira.

August 6, 2010

Bubble Art.

Tengokkan pada anak2 yg gemar sangat main bubble skrg ni, hari ni mama bagi mereka buat'Bubble Art' pula. Idea ni mama dpt kat sini.

Materials:
  • Bubble solution.
  • Pewarna.
  • Straw.
Procedures:
  • Tuangkan bubble solution ke dalam bekas.
  • Campurkan pewarna. Mama gunakan pewarna makanan.
  • Tiupkan dgn straw. Tidak digalakkan utk anak2 kecil takut kalau2 mereka tersedut bubble tu.
  • Kemudian bila dah keluar banyak bubble tu, letakkan kertas kat atas bubble tadi.

Semangatnya along & angah meniup bubble :)


Inilah hasilnya 'Bubble Art' along & angah.

Seronok bermain bubble.

Semua anak2 mama mmg cukup suka main bubble ni (rasanya memang semua kanak2 macam tu kan!). Kalau dulu mama tak berapa suka kalau anak2 minta belikan bubble ni. Bukannya apa..kalau diorang nak main tu tak kira tempat. Kat dlm rumah pun nak main...malam2 pun nak main. Paling mama tak suka bila air sabun tu tumpah kat atas karpet ataupun sofa.
Tapi skrg ni tak lagi sbb anak2 pun dah besar sikit dan diorang pun dah boleh ikut syarat mama...kalau nak main bubble tu boleh tapi kena main kat luar. Tu yg skrg ni boleh dikatakan hari2 mereka main bubble. Lagipun mama tak boleh halang anak2 nak main sbnrnya sbb anak2 dpt belajar sambil mereka bermain ni.

Bubble solution ni mama beli kat Tesco. Rm5.90 utk 1 liter. Boleh tahan nak main bubble la tiga beradik ni ;) .

STORY TIME!
Adik juga selalu pilih buku cerita ni utk read aloud
~ 'The colourful bubbles' ~

August 5, 2010

Lapbook Rukun Islam.

Hari ni angah telah belajar Bab Rukun Islam utk subjek Pendidikan Islam bahagian Ibadah.

Buku Teks & buku latihan utk subjek Pendidikan Agama Islam.

Sebelum ni mama dah biasa terangkan secara ringkas pada angah ttg rukun Islam ni. Dan bila mama mula ajarkan bab ni hari ni, alhamdulillah angah dapat faham dan mula mengingat kelima2 Rukun Islam ni.
Selesai dgn latihan dlm buku latihan kat atas tu, kami sama2 siapkan satu lagi lapbook iaitu Lapbook Rukun Islam.

Lapbook Rukun Islam (cover).

Inside the lapbook.

Close Up:
Bahagian dlm sblh kiri:
1)Mengucap dua kalimah syahadah.
2)Sembahyang 5 waktu - mama sediakan dlm bentuk flip. Bila flip tu dibuka, angah boleh tengok berapa rakaat utk solat tersebut.

Bahagian dalam (center)
3) Berpuasa di bulan Ramadan.
~Kat sini juga mama minta angah tuliskan kelima2 rukun Islam tersebut.

Bhgn dalam sblh kanan:
4) Membayar zakat.
5) Menunaikan haji di Mekah.


Untuk menyiapkan lapbook ni, mama dpt libatkan angah dgn pelbagai aktiviti sprt:
  • mewarna.
  • mengeja dan menulis.
  • menggunting.
  • menampal.
Angah sedang menyiapkan lapbook.

Adik pun join sekali.

Sama-sama mewarna masjid.

Isya-Allah, lps ni mama akan ajarkan dgn lebih terperinci utk setiap satu rukun Islam ni.

August 3, 2010

ABC White board Handwriting and Writing Practice.


ABC W/Board Writing Practice (bhgn depan).

ABC W/Board Writing Practice (bhgn belakang)

Mama belikan tool ni Sabtu lps kat Kedai Buku Muda Osman masa dia buat sales sempena pembukaan cawangan baru di Tesco KB (murah je...RM8.90 slps diskaun).
Kalau sblm ni mama biasa bagi adik buat writing practice dgn worksheet yg mama print dan dilaminatekan & tulis menggunakan white board marker pen supaya boleh diguna berulang kali (boleh tgk kat sini). Dan skrg ni mama dpt terus menarik minat adik utk belajar menulis dgn menggunakan tool yg menarik ni. Macam2 yg boleh adik buat dgn w/board ni. Antaranya mengenal dan menulis ABC (small letter).
Tapi utk level adik skrg ni, mama belum lagi ajar adik menulis huruf2 ni. Mama cuma bagi adik biasakan dulu tangan dia utk memegang dan menulis menggunakan pen dgn membiarkan dia conteng2 dan cuba ikut garisan2 yg disediakan kat situ. Dgn aktiviti2 macam ni dpt membantu meningkatkan kawalan otot2 tangan (fine motor skill) dan meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Bila dah mahir tu, bolehlah mama ajar adik menulis huruf dan nombor pula lps ni. Insya-Allah.


Adik sdg asyik menulis - katanya sdg tulis ABC (^-^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails