July 21, 2010

Belajar Mengenal Huruf.

Alhamdulillah, sekarang ni adik dah boleh ingat dan boleh sebut dgn lancar huruf A sampai Z dan juga huruf Hijaiyah Alif sampai Ya. Biasanya dia suka nyanyi lagu ABC dan Alif Ba Ta. Tapi dia belum lagi mengenal kesemua huruf2 ni. Hanya beberapa huruf saja dia dpt kenal.
Jadi utk aktiviti homeschool hari ni, mama cuba kenalkan adik dgn huruf2 ni dgn menggunakan Magnetic Letter Writing Board.

Magnetic Letter Writing Board.

Utk aktiviti ni, mama akan sebut bersama2 dgn adik sambil kenalkan huruf2 tersebut. Kemudian mama minta adik letakkan huruf tersebut pada board secara berturutan.
Sambil2 duk ajar tu, mama cuba juga uji adik dgn minta dia cari sendiri huruf yg dia sebut. Kalau adik tak dpt cari, mama akan bagi clue kat dia mengikut warna huruf tersebut. Secara tak langsung adik juga dpt belajar mengenal warna dgn menggunakan tool ni.

Belajar mengenal huruf.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails