July 27, 2010

Kraf Menggunakan Playdough.

Sebulan sekali mama akan bagi peluang kpd anak2 utk beraktiviti dan bermain2 dgn playdough. Bulan lps kami sama2 membuat playdough dan bermain sambil belajar mengira dan mengenal nombor dgn menggunakan card number (boleh tengok kat sini)
Dan semalam kami berjaya siapkan kraf 'Pantai Mini' dgn menggunakan homemade playdough. Idea utk kraf ni kami dpt dlm Majalah aulad keluaran terbaru (mama ubahsuai sikit).

Materials:
  • pinggan kertas
  • playdough
  • straw
  • kertas warna (hijau)
  • batu
  • gunting
  • gambar patung (ambil dari kulit belakang majalah Aulad)
Procedures:
  • Tampalkan playdough pada pinggan kertas. Mama gunakan playdough biru utk laut dan kuning utk pasir.
  • Gunting kertas warna dan tampalkan pada straw utk dijadikan pokok kelapa.
  • Cucuk pokok pada playdough & hiaskan dgn batu.
  • Last sekali, hiaskan pantai mini dgn gambar patung.
Sama2 siapkan projek kraf kali ni.

Inilah hasilnya kraf 'Pantai Mini'.

Selesai projek kraf, mama bagi angah & adik terus main2 dgn playdough tu. Angah lebih suka main dgn menggunakan kad nombor yg mama sediakan bulan lps. Adik pula masih dlm proses membiasakan tangannya utk membentuk playdough kpd pelbagai bentuk (dah ada sedikit perkembangan berbanding bulan lps). Mmg mereka berdua (termasuk along) cukup seronok kalau tahu mama nak buatkan playdough. Hari ni pun, lps habis je belajar mereka berdua terus sambung main dgn playdough tersebut.

Main2 sambil belajar.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails