July 20, 2010

Sweeping Beans.

Ini adalah aktiviti adik dan angah hari Ahad lepas. Mama dpt idea ni kat dlm internet masa duk tengah search bahan2 utk mengajar. Selain dapat develop motor skill anak2, aktiviti ni juga bagus utk melatih life skill anak2. Lps ni, rajin2lah tolong mama sapu sampah ye! (^-^).

Tools for sweeping beans activity.

Materials:
  • Tray.
  • Kertas & tape.
  • Penyapu.
  • Dustpan.
  • Kacang.
  • Bekas utk letak kacang spls disapu.
Procedures:
  • Mama tandakan dulu tempat utk kumpulkan kacang kat dlm tray tu dgn melekatkan kertas kuning.
  • Angah & adik akan cuba sapu kacang yg telah mama tuang kat dlm tray tu ke dalam petak kuning tersebut.
  • Kemudian dari situ, mereka akan cuba sapu kacang tu ke dlm dustpan.
  • Seterusnya, masukkan kacang tersebut ke dlm bekas yg telah di sediakan.

Angah & adik sedang khusyuk menyapu.

Aktiviti ni boleh juga dilakukan di atas lantai dan menggunakan penyapu biasa. Tapi sbg permulaan, mama lebih suka gunakan cara ni dulu sbb tak nak adik & angah buat sepah sgt...he...he. Kalau guna tray ni, senang utk mama bagi arahan pada mereka supaya sapu kat dlm tray tu saja dan pastikan kacang tu tak keluar. Insya-Allah, lain kali kami akan cuba buat kat lantai pula.

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails