January 27, 2011

Counting 1~10.

Sekarang ni mood mama utk berblog agak kureng sikit. Tu yg jarang2 post entry baru pasal aktiviti anak2 ni. Utk bahan mengajar pun mama byk gunakan semula bahan2 yg mama buat tahun lepas. Kalau diikutkan hati skrg ni...rasa macam nak tidurrrr je. eee...tak suka sgt dgn keadaan skrg ni. Apapun mama kena lawan perasaan ni...tak boleh jadikan mengandung sbg alasan kan! InsyaAllah, dgn sokongan dari papa dan anak2, Mama Homeschool akan tetap diteruskan.
Hari ni mama nak kongsi aktiviti adik utk belajar mengira dan mengenal nombor 1 hingga 10. Tahun lepas adik dah belajar mengira tapi masa tu mama lebih tumpukan pada nombor 1 hingga 5. Dan tahun ni adik dah mula belajar mengira dan mengenal nombor 1 hingga 10. 
Untuk aktiviti kali ni mama gunakan bahan mengajar yg mama gunakan utk ajar angah mengira dulu (boleh tengok sini) tapi mama dah lupa kat mana mama download bahan ni. Dengan tool ni, adik akan mengira jumlah epal pada pokok tu dan akan padankan jumlah epal tersebut dgn nombor pada kad. 

Sedang mengira jumlah epal pada pokok. 


Padankan kad nombor pada pokok tersebut.

January 19, 2011

Homeschool Adik.

Utk homeschool adik sekarang ni, mama lebih banyak bagi adik buat latihan menulis (pre-writing practice) sebab aktiviti tu jugaklah yg dia suka skrg ni. Bila mama perlu tumpukan pada angah, mama akan bagi whiteboard marker pen dan bagi adik tulis pada tool yg dah biasa adik gunakan sebelum ni. Antaranya:

1) ABC Whiteboard. Entri yg pernah mama tulis ttg tool ni boleh tengok di sini.
Bahagian depan.

Bahagian belakang.

2) Entri lain pasal tool kat bawah ni boleh tengok di sini.
Satu lagi tool yg selalu adik guna utk pre-writing practice. Mama download kat sini.

Ini pula antara aksi-aksi adik yg sempat mama rakam minggu lepas semasa dia sedang syok menulis ^0^
Kalau ada yg perasan kebelakangan ni selalu sgt adik pakai baju hijau ni. Kalau boleh hari2 dia nak pakai  hehe...



Rakaman video kanak2 riang menyanyikan lagu ABC ^O^. Saksikan.....

January 15, 2011

Read Aloud Bersama Kak Chik.

Hari ni adalah hari yg menggembirakan mama dan alhamdulillah anak2 juga turut seronok dgn aktiviti baru mereka hari ni. Dari tahun lepas lagi mama tunggu peluang ni. Akhirnya hari ni dapat jugak mama bawa anak2 turut serta dlm program Read Aloud yg dianjurkan oleh Kak Chik di Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra'. 
Kat rumah mmg anak2 dah biasa dgn read aloud ni. Tapi mama nak join juga program ni sebab mama nak dedahkan anak2 dengan dunia luar ecspecially angah & adik yg hanya duduk kat rumah je. Kalau along tu dia dah biasa bergaul kat sekolah. Jadi kat sini mama boleh bagi angah jumpa kawan-kawan baru dan belajar dgn orang lain selain mama dan papa. Juga mama boleh ambik peluang ni utk tingkatkan kemahiran komunikasi dan tahap keyakinan anak2 bila berada dalam kumpulan yg ramai. 

Kak Chik memulakan sesi read aloud dgn memperkenalkan tajuk buku yg akan dibacakan.

Semasa read aloud ni, Kak Chik turut melibatkan komunikasi dua hala dgn banyak bertanya pada anak2. Bagus sgt sebab dgn cara ni kita dapat terus menarik minat anak2 utk terus mendengar dan memastikan anak2 faham dgn cerita yg dibacakan. Kak Chik juga turut memberikan tips2 kepada ibubapa utk menjayakan sesi read aloud bersama anak2 di rumah.

Bergambar selepas selesai sesi read aloud utk hari ni. InsyaAllah, kami akan bertemu lagi di sesi yg akan datang. Harap Kak Chik juga dapat anjurkan program2 lain pula utk anak2 yer!

Bergambar kenangan pertemuan pertama bersama Kak Chik. Dah lama mama simpan hasrat utk bertemu dgn Kak Chik ni. Sbnrnya mama mula2 kenal dgn dunia blog ni bila mama jumpa blog Kak Chik 'Keluargaku Sayang' kat internet. Suka sgt baca tulisan Kak Chik ni. Boleh dikatakan tiap2 hari bukak blog dia. Lepas tu mama mula berminat utk ada blog sendiri utk tulis aktiviti mama bersama anak2. Alhamdulillah, tak sangka dgn blog ni mama dapat bertemu dgn ramai kawan2 baru dan dpt berkongsi cara mama mengajar anak2 di rumah dgn ibu2 lain yg berminat. Seronok sgt masa mula2 terima kunjungan dan komen dari Kak Chik di blog mama dulu dan dpt berkenalan dgn Kak Chik yg mama kagumi. Dan tak sangka juga bila dah kenal ni rupa2nya Kak Chik ni ex-classmate papa masa  sekolah Faris dulu. Jadi hari ni juga papa dpt jumpa dgn Kak Chik setelah hampir 20 tahun tak jumpa ^0^.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah kejap di Taman Tengku Anis. Cuaca agak redup masa ni. Jadi bolehlah anak2 main2 kejap.

January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan & Homeschool 2011.

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan along utk sessi 2011. Pagi2 lagi kami sekeluarga keluar rumah utk settlekan urusan pembayaran yuran sekolah along (juga nak rebut tempat duduk kat depan dlm kelas hehe..). Alhamdulillah, sebelum 8 pagi, semuanya selesai.

Hari pertama di sekolah dengan semangat baru!

Dan hari ni juga hari pertama homeschool utk tahun 2011 ni. Seperti along jugak, angah mulakan pelajaran hari ni dgn penuh semangat. Sebabnya dia pun ada beg sekolah baru macam along. Juga tak sabar nak buat latihan dalam buku aktiviti baru yang mama belikan utk pembelajaran tahun ni. Kalau tahun lepas mama banyak dapatkan bahan2 latihan dalam internet utk anak2. Tapi tahun ni mama mungkin akan lebih banyak menggunakan buku2 latihan yg dibeli. Saja tak nak bazirkan masa utk mencari2 bahan tu.

Buku2 latihan utk subjek BI, matematik, sains, jawi & Bahasa Arab dari Siri tadika Bestari.

Buku-buku latihan Bahasa Melayu. Angah akan teruskan dgn latihan pengukuhan mengeja dan membina ayat.

Utk phonic pula, angah masih teruskan dgn Progressive phonics Book. Sekarang ni angah berada di Intermediate Level Book 14. Tinggal 1 buku lagi utk naik ke Advance Level.


Beg sekolah dan pencil case angah & adik.

Utk tahun ni jugak mama takkan gunakan workbox utk susun bahan2 mengajar tu utk angah sbb dia nak gunakan beg sekolah macam along. Jadi malam sebelumnya mama akan bantu angah siapkan buku2 yg akan angah gunakan esoknya kat dlm beg tu. Dan esoknya, buku2 latihan yg telah siap dibuat akan diletakkan atas tray yg telah mama sediakan. InsyaAllah selain buku2 latihan, mama akan cuba sediakan bahan2 lain utk mengajar bergantung kpd topik yg akan angah belajar.
Dan utk mengajar adik pula, mama akan gunakan semula bahan2 mengajar sebelum ini. Dan mama telah organize semula tempat simpan bahan2 tu supaya lebih kemas & mudah kalau nak cari. Kalau sebelum ni mama cuma letakkan semua bahan2 tersebut (yg telah mama letakkan dlm plastic bag) di dalam satu kotak. Sekarang ni mama telah asingkan bahan2 tu ke dalam bekas2 plastik mengikut kategori.

Mama bahagikan kpd 5 bekas plastik yg telah mama labelkan mengikut kategori masing2.

Ini pula gambar adik dan angah berhomeschool utk hari pertama.

Antara aktiviti adik hari ni : pre-writing pactice menggunakan tool sebelum ni. Dan berlatih menggunakan pembaris utk melukis segiempat dan kemudian mengguntingnya. Aktiviti2 yg bagus utk kemahiran motor halus (fine motor skill).

Angah dgn latihan bahasa Melayu.

January 1, 2011

Harijadi Along dan Hadiah Tahun Baru.

Semalam genaplah umur along 9 tahun. Memang mudah sgt nak ingat tarikh birthday along ni...31 Disember. Lagi istimewa along berkongsi tarikh hari lahir dgn tok ma (ibu papa).
Ingatnya nak buat party sikit utk besday along kali ni. Tapi dgn keadaan mama yg tak berapa mengizinkan skrg ni, papa decided utk celebrate kat luar je dgn tok ma.

Happy Birthday Along. Semoga along menjadi anak yg soleh dan menjadi contoh kpd adik2!

Tok Ma dan adik papa, Nurul.

Kami makan kat Pizza Hut saja. InsyaAllah lain kali kita buat party kat rumah dan jemput kawan2 along yea!

Mama takde hadiah istimewa utk harijadi along kali ni. Tapi mama ada hadiah special utk along, angah, adik dan papa sempena tahun baru ni... insyaAllah tahun ni akan bertambah seorang lagi ahli dlm keluarga kami. Anak2 mmg seronok sgt bila mama kabarkan berita gembira ni terutamanya adik. Skrg ni pun dia dah bahasakan diri dia tu kakak. Doakan semoga mama terus diberikan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan kali ni supaya mama dpt terus beraktiviti bersama anak2 dlm Mama Homeschool. InsyaAllah.

Minggu ni kandungan mama dah masuk minggu ke8.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails