November 2, 2012

Adik Aisyah (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Besua lagi hari ni di malam hari...malam ni adik tidur awal. Boleh la mama ngadap komputer ni jap sebelum tido. Biasa kalu malam mama jarang boleh buat keje mama. Time masuk bilik susukan adik utk tidurkan adik...dgn mama sekali tertidur...huhu. Adik ni makin besar ni makin manja. Asyik melekat dgn mama je. Nak buat keje pun susah....kalu time dia buat perangai tu...ya Allah...betul2 menguji kesabaran. Tapi kalu time dia baik...kalu org tengok dia tu dah macam budak besar...hihi. Nanti bila adik dah besar nanti mesti mama akan rindukan kenangan membesarkan adik ni....juga kenangan susah payah, pahit manis membesarkan semua anak2 mama nih. 
Tadi mama bukak balik gambar2 anak2 yg mama ambik dua tiga bulan lepas yg belum mama upload dlm blog ni. Suka sangat bila tengok balik gambar2 anak2 ni...senyum sendiri tengok macam2 gaya diorang. Dan seperti biasa jugak mama akan uploadkan gambar2 anak kat blog ni utk kenang-kenangan nanti. 
Malam ni mama nak upload gambar adik. Skrg ni adik dah 1 tahun 3 bulan. Dah pandai banyak benda...dan suka sgt tiru apa yg abang2 dan kakak buat. Salah satunya adik suka sgt menulis. Pantang jumpa pensil...pasti kan dicarinya kertas utk menulis. Kalu takde kertas...kat dinding pun jadilah.
Sempat la mama rakam beberapa aksi adik ni menulis..hihi. Suka sgt tengok gambar2 ni (^___^)

Menulis sambil meniarap...ikut kakak la tu...hihi

Khusyuknya dia menulis

Habis workbook along dicontengnya

Kat kedai buku..duk baca buku tu...hihi

Main masak2 dgn playdough

Nak join abang2 dan kakak mewarna.

Syukur sangat2 diberikan peluang membesar dan mendidik sendiri anak2. Juga amat2 bersyukur kerana dapat melihat sendiri tahap perkembangan anak2 daripada saat melahirkan hinggalah ke saat ini tanpa terlepas momen2 indah anak2 membesar. Daripada saat mula2 pandai meniarap...pandai merangkak...pandai berjalan...Dan satu kepuasan apabila melihat anak2 membesar hasil dari asuhan dan didikan kita sendiri. Mama saaaaaayang semua anak2 mama (^_^)


6 comments:

  1. Betul sgt,,,bila anak2 ah bear, rindu sgt moment2 tu..

    ReplyDelete
  2. pandainya aisya... semoga lin pun boleh didik anak2 jadi macam ni... ;)

    ReplyDelete
  3. da bleh pegang pensel?kagumnye..

    ReplyDelete
  4. haah kagum tengok dah pandai pegang pensel

    ReplyDelete
  5. arh..jelesnya saya..kalau ikutkan saya nak sgt berada di tempt akak sekarang. membesarkan anak dgn tangan sendiri tapi apakan daya...huhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails