November 8, 2012

Lion Paper Plate Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...bersua lagi kita petang ni. Hari ni hari terakhir sesi persekolahan 2012. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan angah dah nak masuk darjah 2 dan along darjah 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR. fuhhh....berdebar2 yer nak masuk tahun depan. Anak yg nak periksa tapi mama yg terlebih takut...hihi. Sebagai seorang ibu tentunya mama inginkan along berjaya dgn cemerlang dlm UPSR nanti. InsyaAllah...mama akan cuba bantu dan bimbing along. Selebihnya perlukan usaha dari along sendiri. InsyaAllah...mama sentiasa doakan along & semua anak2 mama beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Hari ni mama nak kongsikan aktiviti kraf yg kakak buat selasa lepas. Kali ni kakak buatkan kraf 'Lion Paper Plate'.


Bahan2 yg digunakan:
~ Paper plate
~ Tempera paste kuning
~ Kertas warna oren
~ Gam
~ Gunting
~ Pipe cleaner.

Mula-mula kakak warnakan paper plate tu.

Sementara menunggu paper plate tu kering, kakak guntingkan kertas warna oren tu  memanjang utk dilekatkan keliling paper plate tu nanti.

Dah siap lekat, buatkan misai utk lion tu dgn pipe cleaner. Lukiskan mata, hidung dan mulut dia. Utk mata tu, mama guntingkan kertas putih bentuk bulat dan lekatkan. Kemudian lukiskan anak mata dia dgn marker hitam. Dlm gambar kat atas tu kakak sedang lukiskan hidung lion tu.

Taraaaa....dah pun siap 'Lion paper plate' kakak. Cantik tak??? 

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails