بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, along & angah bersemangat sungguh di hari pertama persekolahan semalam. Balik je dari sekolah...terus masing2 duk bercerita pasal guru kelas baru...kawan baru...& azam baru mereka. Along dgn penuh semangat bgtau mama nak dapat 5A dlm UPSR tahun ni. Alhamdulillah...semangat macam ni lah yg mama nak tengok (^_^)
Ini pula kakak & adik yg bersemangat memulakan aktiviti homeschool di hari pertama tahun 2013.
Homeschool Kakak
Mulakan dgn membaca buku "Bacalah Anakku". Tahun lepas kakak byk duk main2...tapi tahun ni kena lebih serius. InsyaAllah target mama paling lambat tengah tahun ni kakak dah boleh membaca BM dengan lancar.
Bulan ni kakak akan belajar mengguna buku 'My Pre-K Daily Learning Notebook' ni. Mama download bahan ni kat sini dan print.
Belajar mengenal nombor & mengira. Skrg ni kakak sedang melekatkan dot stiker pada nombor.
Menulis dan mewarna.
Homeschool Adik (1 tahun 5 bulan)
Pom pom Spooning activity.
Memindahkan pom pom menggunakan sudu. Bulih jugak melakukan aktiviti begini dgn menggunakan guli, kacang. Tapi kena bagi perhatian pada anak takut2 dia telan. Aktiviti macam ni mmg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak (fine motor skill) utk improve concentration, hand-eye coordination & balance. Suka sgt adik dgn aktiviti ni (^_~)
Melekatkan dot stiker pada kertas.
Menconteng...








































