July 30, 2010

Aktiviti hujung minggu - Our Body.

Ini adalah satu lagi topik yg tlh anak2 belajar iaitu topik 'Our Body'.
Selain menggunakan buku, mama lebih suka ajarkan mereka ttg anggota badan ni dgn menunjukkan secara direct pada tubuh mereka. Biasanya ketika mama mandikan mereka...sambil gosok2 badan mereka...mama akan sebutkan nama anggota tersebut.

My Body board book.
(antara buku favourite adik)


Mini book about part of body.
Mama download bahannya di sini dan di sini.

Angah juga tlh siapkan latihan ttg badan manusia dlm buku latihan.

Mama juga tlh gunakan website ni utk anak2 belajar mengenal anggota badan.

Dan utk isi masa cuti hujung minggu kali ni, mama tlh beraktiviti bersama anak2 dgn projek yg berkaitan dgn topik yg tlh mereka belajar ni.
Ptg tadi, mama tlh siapkan projek ni bersama2 mereka slps dari pagi mama biarkan mereka dgn aktiviti mereka sendiri.
Projek yg mama maksudkan adalah melukis dan melabelkan anggota badan.
Dgn menggunakan tracing paper, along lukiskan badan angah dan adik. Kemudian mereka sama2 warnakan gambar tersebut. Seterusnya melabelkan anggota badan mereka.

Along sdg trace badan angah.

Giliran utk lukis badan adik.

Sama2 mewarna.

Adik ikut sama mewarna - menconteng sebenarnya ;)

Along sedang melabelkan anggota badan.

Inilah hasil aktiviti hujung minggu kami kali ni.

July 29, 2010

Sink or Float Experiment.

Minggu ni utk subjek Science, angah tlh belajar topik 'Sink or Float'.
Utk topik ni, kami sama2 (adik ikut sekali) buat satu eksperimen utk menguji mana objek yg tenggelam dan mana yg timbul.

Tujuan eksperimen:
Memberi peluang utk angah bereksperimen dan explore dgn objek2 dr jenis2 yg berbeza utk melihat samada ia tenggelam ataupun timbul.

Langkah-langkah:
  • Sediakan material utk eksperimen sprt:
  1. Sink or float activity sheet.
  2. Sebekas air.
  3. Beberapa objek dari jenis yg berbeza.
Objek2 yg dipilih utk diuji.


Sink or Float Activity Sheet.
Click di sini utk download.

  • Angah lukiskan objek yg akan diuji dlm aktivity sheet tadi.
Khusyuk melukis.
  • Sebelum memulakan eksperimen, mama minta angah teka dulu samada objek yg akan diuji itu akan tenggelam ataupun timbul. Ini adalah satu cara mama utk galakkan angah berfikir. Bagi mama, utk level angah skrg ni mama tak perlu jelaskan dgn terperinci kenapa objek tu tenggelam ataupun timbul. Skrg ni angah meneka dgn melihat kpd fizikal objek tersebut dan melihat samada objek itu berat atau ringan.
  • Slps tu barulah angah masukkan objek tadi ke dalam bekas air satu persatu dan lihat hasilnya samada tekaannya tu betul ataupun salah.
Menguji satu persatu.
  • Catatkan hasil eksperimen dlm activity sheet tadi.

Hasil eksperimen kami kali ini.

Slps eksperimen ni, angah tlh teruskan dgn membuat latihan dlm buku latihan berkaitan dgn topik ni.

July 27, 2010

Kraf Menggunakan Playdough.

Sebulan sekali mama akan bagi peluang kpd anak2 utk beraktiviti dan bermain2 dgn playdough. Bulan lps kami sama2 membuat playdough dan bermain sambil belajar mengira dan mengenal nombor dgn menggunakan card number (boleh tengok kat sini)
Dan semalam kami berjaya siapkan kraf 'Pantai Mini' dgn menggunakan homemade playdough. Idea utk kraf ni kami dpt dlm Majalah aulad keluaran terbaru (mama ubahsuai sikit).

Materials:
  • pinggan kertas
  • playdough
  • straw
  • kertas warna (hijau)
  • batu
  • gunting
  • gambar patung (ambil dari kulit belakang majalah Aulad)
Procedures:
  • Tampalkan playdough pada pinggan kertas. Mama gunakan playdough biru utk laut dan kuning utk pasir.
  • Gunting kertas warna dan tampalkan pada straw utk dijadikan pokok kelapa.
  • Cucuk pokok pada playdough & hiaskan dgn batu.
  • Last sekali, hiaskan pantai mini dgn gambar patung.
Sama2 siapkan projek kraf kali ni.

Inilah hasilnya kraf 'Pantai Mini'.

Selesai projek kraf, mama bagi angah & adik terus main2 dgn playdough tu. Angah lebih suka main dgn menggunakan kad nombor yg mama sediakan bulan lps. Adik pula masih dlm proses membiasakan tangannya utk membentuk playdough kpd pelbagai bentuk (dah ada sedikit perkembangan berbanding bulan lps). Mmg mereka berdua (termasuk along) cukup seronok kalau tahu mama nak buatkan playdough. Hari ni pun, lps habis je belajar mereka berdua terus sambung main dgn playdough tersebut.

Main2 sambil belajar.

July 25, 2010

Japanese Number 1-10 Flip-Book.


Japanese Number 1-10 Flip-Book

Utk aktiviti homeschool hari ni, mama dan angah sama2 belajar mengira dlm bahasa Jepun. Saja ambik peluang hari ni sbb cikgu bahasa Jepun kami (papa) cuti hari ni. Utk mengajar kami mengira ni papa gunakan teaching tool 'Flip-Book Japanese Number 1-10'.
Bahan utk flip-book ni papa yg sediakan. Mama cuma print dan laminate saja. Lps tu satukan dgn ring.
Kalau ada sapa2 yg berminat nak belajar, bolehlah click di sini utk download bahan Japanese Number flip-book ni.




Printables for flip-book.

July 24, 2010

ABC Puzzle Mat : Idea Belajar Sambil Bermain.

Kali ni mama nak berkongsi aktiviti2 angah dan adik yg belajar sambil bermain menggunakan ABC puzzle mat. Menyesal sgt sbb sebelum ni agak lama juga mama sorokkan benda tu semata2 taknak rumah bersepah. Tindakan mama tu sbnrnya sama sprt menyekat kreativiti anak2 utk belajar sbb byk sbnrnya aktiviti yg boleh mereka lakukan dgn benda ni.

Ini adalah antara aktiviti yg tlh kami lakukan bersama2:
  • Alphabet hunt.
  • Padankan letter card (samada capital letter ataupun small letter) dgn letter mat.
Adik sedang padankan huruf.
  • ABC beginning sound hunt.
Sama2 mencari barang mainan dan meletakkannya pada huruf yg betul.
  • Membina perkataan ataupun ayat.
Angah sdg susun huruf utk membentuk tajuk storybook kegemaran dia 'Who Am I'.
  • Reka apa2 bentuk ataupun objek menggunakan mat tersebut mengikut kreativiti masing2.
Biasanya mereka buat rumah, kotak ataupun robot. Anak2 kecil ni mmg kreatif (^-^)
  • Berlumba2 siapkan puzzle.
Biasanya ini aktiviti last tiap kali mereka main....taktik mama supaya diorang kemaskan semula semua tu lps main ;)

Antara idea2 lain yg boleh dilakukan dgn ABC puzzle ni ialah:
  • Melompat dari satu huruf ke satu huruf utk membina perkataan.
  • Melompat dari satu huruf ke satu huruf utk mengeja nama sendiri.
  • Melompat atas huruf kemudian sebut bunyi huruf tersebut.
  • Baling dadu atas mat tersebut. Kemudian sebutkan huruf di mana dadu tu jatuh, bunyi huruf tersebut, ataupun berikan perkataan yg bermula dgn huruf tersebut.
Mungkin ada lagi aktiviti lain yg boleh anak2 lakukan menggunakan alphabet puzzle ni. Harap dpt berkongsi dgn ibu2 yg lain.

July 22, 2010

Wheel of Learning.

Pagi tadi sambil2 tunggu adik dan angah bangun dari tidur (papa & along dah pegi kerja dan sekolah) mama sempat siapkan teaching tool baru utk ajar adik mengenal warna dan mengira.
Tool ni sbnrnya 2 dalam satu. Mama dpt idea kat sini.

Wheel for colour recognition.

Wheel for counting.

Sbnrnya kedua2 wheel ni adalah atas sekeping kad. Mama buat sebelah utk colour dan sebelah lagi utk mengira. Lps tu mama laminate supaya tahan lama. Kemudian tools ni digunakan bersama2 dgn clothes pin yg telah ditandakan dengan warna dan nombor 1-10 utk dipadankan pada kad tersebut.
Sebelum ni mama pernah buat teaching tool yg lebih kurang sama dgn yg ini. (boleh tgk kat sini). Jadi mama hanya recycle clothes pin yg dulu utk match colour. Cuma mama tambah sikit dgn menulis colour word kat situ. Nanti angah pun boleh gunakan tools ni utk colour word recognition.
Tools ini juga memang bagus utk develop fine motor skill anak2.

Hari ni adik belajar menggunakan Wheel of Colour dulu.

July 21, 2010

Belajar Mengenal Huruf.

Alhamdulillah, sekarang ni adik dah boleh ingat dan boleh sebut dgn lancar huruf A sampai Z dan juga huruf Hijaiyah Alif sampai Ya. Biasanya dia suka nyanyi lagu ABC dan Alif Ba Ta. Tapi dia belum lagi mengenal kesemua huruf2 ni. Hanya beberapa huruf saja dia dpt kenal.
Jadi utk aktiviti homeschool hari ni, mama cuba kenalkan adik dgn huruf2 ni dgn menggunakan Magnetic Letter Writing Board.

Magnetic Letter Writing Board.

Utk aktiviti ni, mama akan sebut bersama2 dgn adik sambil kenalkan huruf2 tersebut. Kemudian mama minta adik letakkan huruf tersebut pada board secara berturutan.
Sambil2 duk ajar tu, mama cuba juga uji adik dgn minta dia cari sendiri huruf yg dia sebut. Kalau adik tak dpt cari, mama akan bagi clue kat dia mengikut warna huruf tersebut. Secara tak langsung adik juga dpt belajar mengenal warna dgn menggunakan tool ni.

Belajar mengenal huruf.

July 20, 2010

Sweeping Beans.

Ini adalah aktiviti adik dan angah hari Ahad lepas. Mama dpt idea ni kat dlm internet masa duk tengah search bahan2 utk mengajar. Selain dapat develop motor skill anak2, aktiviti ni juga bagus utk melatih life skill anak2. Lps ni, rajin2lah tolong mama sapu sampah ye! (^-^).

Tools for sweeping beans activity.

Materials:
  • Tray.
  • Kertas & tape.
  • Penyapu.
  • Dustpan.
  • Kacang.
  • Bekas utk letak kacang spls disapu.
Procedures:
  • Mama tandakan dulu tempat utk kumpulkan kacang kat dlm tray tu dgn melekatkan kertas kuning.
  • Angah & adik akan cuba sapu kacang yg telah mama tuang kat dlm tray tu ke dalam petak kuning tersebut.
  • Kemudian dari situ, mereka akan cuba sapu kacang tu ke dlm dustpan.
  • Seterusnya, masukkan kacang tersebut ke dlm bekas yg telah di sediakan.

Angah & adik sedang khusyuk menyapu.

Aktiviti ni boleh juga dilakukan di atas lantai dan menggunakan penyapu biasa. Tapi sbg permulaan, mama lebih suka gunakan cara ni dulu sbb tak nak adik & angah buat sepah sgt...he...he. Kalau guna tray ni, senang utk mama bagi arahan pada mereka supaya sapu kat dlm tray tu saja dan pastikan kacang tu tak keluar. Insya-Allah, lain kali kami akan cuba buat kat lantai pula.

July 19, 2010

Aktiviti Homeschool : Tema Makanan.

Alhamdulillah, hari ni angah selesai belajar topik 'Food & Nutrition'. Sbnrnya minggu lps lagi angah dah start belajar topik ni. Ambik masa sikit utk siapkan. Saja mama buat slow2. Aktiviti ni mama buat lps angah siap belajar utk subjek2 lain yg mama dah susun dlm workbox setiap hari.
Kalau sblm ni angah hanya dgr along duk sebut pasal makanan utk grow, utk energy & utk healthy. Insya-Allah, lps ni angah akan tahu apa semua tu dan apa jenis makanan yg dia makan setiap hari. Sepanjang minggu lps sampai hari ni, byk benda yg angah dpt belajar dan mama sendiri pun dpt ilmu baru masa duk tgh search bahan2 utk ajar anak2 topik ni.

Objektif mama ajar topik ni adalah supaya anak2 tahu ttg pengkelasan makanan dan kepentingan pengambilan makanan yg berkhasiat utk kesihatan.

Berikut antara aktiviti kami utk topik 'food & nutrition' ni:

1) Being Healthy.
Mula2 mama terangkan dulu ttg jenis2 makanan yg perlu kita ambil utk jadi sihat. Kemudian mama minta angah sebutkan makanan yg selalu dia ambik. Lps tu tersengih2 la dia bila dia tahu yg selama ni dia byk duk ambik makanan yg tak berkhasiat.
Supaya penerangan lebih menarik, mama juga tlh gunakan foods slide yg mama download kat sini . Thanks a lot cikgu eela.

2) Healthy Food Collage.
Sblm start belajar topik ni, mama tlh pergi beberapa pasaraya semata2 nak ambil katalog sbb mama nak gunakan gambar2 makanan dlm tu. Aktiviti kami kali ni mmg byk melibatkan aktiviti menggunting dan menampal.

Healthy food collages.

Kami sama2 menggunting dan menampalkan gambar2 makanan tersebut pada kertas yg mama sediakan dan labelkan mengikut fungsi makanan tersebut.
  1. Makanan yang memberikan kita tenaga (karbohidrat)
  2. Makanan yang menolong kita membesar dan memulihkan badan (protein)
  3. Makanan yang menolong badan kita berfungsi dgn baik (vitamin)
  4. Makanan yang menjadikan tulang dan gigi kita kuat.
3) Membezakan antara buah & sayur.

Fruits & Vegetables Collages.
(sbnrnya mama minta angah tuliskan nama bagi setiap jenis makanan tu tapi mood rajin dia tu kureng sikit masa tu).

Mama juga gunakan website ni utk angah kelaskan buah dan sayur. Masa tgh cari2 bahan ni, mama baru dpt tahu rupa2nya tomato, cucumber, kacang peas dan terung tu adalah buah dan bukannya sayur (mungkin org lain dah lama tahu kot, eee... malunya).

4) Food pyramid.

Food Pyramid Poster
(mama dah tampal poster ni kat dlm homeschool room).

Masih menggunakan gambar2 dr katalog pasaraya. Sambil2 duk siapkan food pyramid ni, mama cuba terangkan jumlah hidangan yg perlu kita ambil dlm sehari bagi tiap2 kelas makanan. Tapi rasa2nya, angah tak berapa faham lagi. Takpelah ngah, asalkan angah tahu yg gula2 dan snek tu tak boleh makan byk sangat dah kira OK (^-^). Insya-Allah, lps2 ni angah akan faham.

Angah sedang menyiapkan food collages dan food pyramid.

5) Food File Folder Games.
Mama download bahan utk games ni kat sini.

Food file folder games.

Cara permainannya, angah akan menyusun kad2 makanan tu mengikut kategori masing2 pada petak yg disediakan dlm file folder.

Main sama-sama.

6) Food Craft.

Foods in baskets craft ( menggunakan paper plate).
Utk gambar sayur dan buah tu, mama print di sini.

Tekun menyiapkan foods craft.

Utk aktiviti kraf kali ni, mama dpt libatkan angah utk pelbagai aktiviti yg dpt meningkatkan fine motor skill iaitu :
  • Mewarna gambar makanan.
  • Menggunting gambar tersebut.
  • Menampal gambar pada paper plate.
  • Lacing paper plate utk dibuat raga.
  • Menulis label pada raga.

Adik ikut sama buat lacing paper plate.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails